Tuesday, September 30, 2014

Loving mum

1 year 3 day....

Bidadari ibu.... sumpah ibu rindu kami sangat-sangat. Semakin hari semakin rindu... Harap kamu rindukan ibu juga... cepatnya waktu berlalu.. Tak sangka ibu.. bidadari dah setahun.. tak perasan rasanya...

Walaupun dulu memang ibu tak ready untuk ada kamu... tak sangka 9 Februari ibu disahkan preg 4 week... Teruja ada.. takut ada... nervous ada.. macam2 feeling.. but now... xda dah feeling to.. yang ada hanya exited...

one question... Can i have one more? (kelip2 mate)

27 week 3 day... kamu meronta-ronta nak keluar... nak melihat dunia... masa tu pun ibu tak ready.. malam tu.. ibu usap perut ibu says... please sayang dont out from my worb... ibu tak ready... but you still want to out.. yes i know.. it the perfect time....

monday... 12.42 pm you came out to see this world... Subhanallah... Alhamdulillah.. Allahhuakbar... after the greatest pain...

you alway crying... yes i knew.. not enough milk.. your grandfather cry.. your aunty.. your pakcik.. keep supporting me.. yes.. you know? ibu nangis tengok kamu.... ibu tak tahu nak show macam mana perasaan that time...

but ... let it go.... the feeling still in my heart... really thank to my family.. my loving family.. keep supporting... yes.. i love you all...

bidadari humaira sayang...

please .. ibu doakan kamu jadi anak yang solehah.. taat pada ibu dan ayah.. yes.. i ayah couldbe love you.. i know how much.. but only you know how much... no need to say much.. he loves you likes other parent... keep remember.. we are loving parent for you...

please jaga kelakuan kamu.. jangan susahkan tok and uwan... keep hearing from them about your kenakalan dan kemanjaan when i came back home. oh my pretty daughter... they all love you...

keep remember my dear... i love you.. we all love you..

your loving ibu

muahhhhh

Monday, September 29, 2014

1 Year....

Almost 1 year.... Happy or whatever.. is nothing... but the important is.. my bidadari and my future life...

Everything i do, i do it for her... Mother will do anything for her daughter or son..... She will sacrifice their life for them..

Happy birthday for my Bidadari...

Sunday, September 21, 2014

Inisiatif sedekah

INISIATIF & KREATIF Untuk BERSEDEKAH

1. Belilah beberapa buah kerusi @ bangku dan letakkan d dalam masjid. Supaya dapat diguna orang yg ingin memakainya disaat solat (amalan biasa d masjid2 arab mekah & madinah).

2. Inisiatif - sedekah:
Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah utk kucing2 yg dtg..

3.Inisiatif - sedekah:
Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk dsumbangkan kpd anak yatim & orang miskin.

4.Inisiatif - sedekah:
Sentiasa sediakan wang kecil didlm dompet utk diberikan kpd yg memerlukan

5. Inisiatif- sedekah:
Letakkanlah d kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut. Lakukanlah ini pada setiap bulan.

6. Inisiatif- sedekah:
Jika engkau hadir dlm acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kpd orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dsb).

7. Inisiatif- sedekah:
Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah)

8. Inisiatif - sedekah:
Belilah mushaf (al quran). letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yg membacanya.

9. Inisiatif - sedekah:
Berikanlah perasaan gembira kpd setiap orang, khususnya kpd mereka2 yg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.

10. Inisiatif- sedekah:
Lemparkanlah senyuman kpd orang yg kamu temui, berilah salam kpd orang yg duduk, & bertuturlah dgn ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah.

11. Inisiatif - sedekah:
Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yg telah berbuat jelek kpdmu dari mengghibahi, mengadu domba & menzalimimu.

12. Inisaitif sedekah-
Sedekahkan Alfathihah kpd kedua ibubapa kita, sahabat2 dan kenalan2 kita yg telah meninggal

13. Inisaitif- sedekah:
Kirimkan mesej ini ke semua kenalanmu. Siapa tahu ada yg mau mengamalkan. Moga andapun akan diberi pahala kerananya. .. Selamat bersedekah

perkongsian Whatsapp

Tazkirah: 9 Sifat orang yang berani

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH PAGI UNTUK MUHASABAH DIRI.
(Ahad 21 September 2014).

9 SIFAT ORANG YANG BERANI.

Berani merupakan sifat yang terpuji yang dimiliki oleh para Nabi dan Rasul serta sholihin. Keberanian merupakan sebuah perjuangan yang memerlukan pengorbanan. Berani kerana benar,  berani melawan musuh, berani menentang kezaliman dan lain sebagainya,  merupakan makna berani dalam kehidupan di zaman sekarang.

Allah SWT berfirman dalam Surah An-Nisa, ayat 74:

فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالْآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيُقْتَلْ أَوْ يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam). Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar.

Dari ayat di atas dapat diambil kesimpulan bahawa. orang yang berani, memiliki sifat terpuji di antaranya adalah:

1. Berjiwa Besar.

Orang yang berani, sentiasa meningkatkan kepandaian diri, sanggup menghadapi risiko apa yang akan berlaku serta bersedia memikul tanggung jawab dengan tabah dan penuh keyakinan.

2. Bercita-cita Tinggi.

Orang yang berani sentiasa bersedia melakukan segala amalan kebaikan dengan penuh  keyaqinan meskipun terpaksa menghadapi halangan & rintangan.

3. Percaya Diri.

Orang yang berani,  memiliki keyakinan yang kuat pada diri sendiri. Tidak mudah tergoyahkan dengan halangan yang dilaluinya.

4. Kuat Pendirian.

Orang yang berani,  memiliki pendirian yang tetap dalam membuat suatu tindakan dan keputusan yang bijaksana.

5. Istiqomah.

Sifat orang yang berani sentiasa Istiqomah dan berterusan dalam melakukan perkara-perkara kebaikan dalam hidupnya.

6. Selalu Mencoba.

Berani mencoba dan sanggup melakukan sesuatu yang mencabar dengan penuh kreatif serta tidak bercanggah dengan ajaran Islam merupakan sifat orang yang berani.

7. Berdikari.

Orang yang berani,  sanggup melakukan sesuatu tanpa mengharapkan bantuan dari orang lain. Serta berupaya untuk melakukannya sendiri tanpa perlu menyusahkan orang lain.

8. Handal Dan Tahan Lasak.

Orang memiliki keberanian, mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta semangat  juang yang tinggi,  yav merupakan hasil daripada latihan yang berterusan.

9. Berjuang Pada Jalan Allah. 

Orang yang berani adalah yang sentiasa sanggup berjuang untuk mempertahankan Agama,  Bangsa & Negara, keluarga serta diri sendiri dan kehormatannya meskipun terpaksa mempertaruhkan jiwa dan raganya.

Wahai saudaraku sekalian, Islam tidak akan tegak berdiri serta harum namanya melainkan dengan keberanian setiap individu muslim itu sendiri.

Wahai Allah yang Maha Berkuasa,  jadikan keberanian pada kami dan saudara mara kami dalam menegakkan kebenaran dan keadilan, Jauhkanlah kami dari  musuh- musuh Islam yang akan merosakkan aqidah dan Iman kami. Aamiiin !!!!!

ِWallahu A'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin)

Catatan:
Sila kongsikan ILMU dengan SAUDARA KITA.
ILMU ITU HANYA MILIK ALLAH SWT UTK DISEBARKAN.
Mudah-mudahan bermanfaat untuk  semua.
Dunia Akhirat. Insya-Allah. Aamiinn !!!..

Saturday, September 20, 2014

True Color (Part 2)

Assalamualaikum.. sambungan yang hari tu...

Kerja Oh Kerja..

Bukan nak mengeluh.. tapi sudah realiti kita.. akan mengeluh juga bila kerja yang kita lakukan tidak menepati keinginan kita.. Jangan mengeluh selalu tak baik tu... Sayapun ada kalanya mengeluh juga.. Tapi takdalah melampau.. tetap berusaha untuk menjadi diri saya dalam melakukan tugas dan tanggungjawab kepada majikan..


Tugas hakiki tak pernah mengeluh lagi.. hihiii.. masih ok lagi.. Alhamdulillah.. Allah swt sentiasa memudahkan segala urusan saya.


Duit...

Selalu orang mengeluh.. tak cukup duit.. tak cukup itu.. tak cukup ini... Nak keluarkan duit untuk perkara yang baik pun terketar-ketar.. tapi untuk perkara yang kurang berfaedah macam laju jer... Sayelah tu... hihiii... taknak kata orang.. kate diri sendiri dulu... Tak kiralah kecil atau besar,... Kite nilai diri kita dahulu.. baru boleh nilai diri orang lain...


Apapun.. kita sendiri tahu kehidupan kita bagaimana... kita begitu kerana apa.. kita begini kerana apa.. Yang penting jangan sesekali lupakanNYA atau ketepikanNYA.. Kerana DIAlah penentu segalanya...

Slalu katakan pada diri
#saya bahagia kerana Allah swt sayang saya...
#saya gembira kerana Allah uji saya
#saya bersabar bila saya ditimpa musibah
#saya bersyukur bila diberi rahmat dan kegembiraan
#saya bersedekah bila saya ada lebihan
#saya mendoakan bila saya rasa keinginan

Selamat beramal....
Saya tak hebat tapi saya cuba jadi diri saya yang hebat..
Saya tak sempurna, tapi saya cuba jadi diri saya yang sempurna
Saya tak pandai, tapi sy jadi apa yang yang pandai

Saya.. adalah diri saya...


Tazkirah: Usah Bersedih

TAZKIRAH:  USAH BERSEDIH

1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yg mempunyai talian kekeluargaan dgn kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yg dikhianati oleh saudara2nya...

2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yg kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yg dihumban ke dalam api oleh ayahandanya..

3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nmpk jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yg terperangkap di dlm perut ikan.

4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yg ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya.

5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yg tidak dapat bertutur dgn sempurna.

6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yg sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya.

7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yg membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yg diturunkan ke muka bumi bersendirian seblm bertemu kembali Hawa.

8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yg tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yg besar tanpa soal.

9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu sendiri lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yg dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yg terdekat

Subhanallah... Masyaallah.. Allahuakbar...

Allah mewujudkan personaliti yg hebat2 ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dgn pelbagai ujian dan cabaran, dgn tujuan agar satu hari nanti, manusia spt saya dan kamu, bilamana brrhadapan dgn sebarang musibah dan tribulasi, tidak perlu berkata "KENAPA AKU?"...

ALHAMDULILLAH UTK SEGALA2NYA YA RAHMAN..

Jika sudi dikongsikan dgn sesiapa sahaja, silakan Jika tidak keberatan......

(Penulisan asal di dalam bahasa Inggeris. Di translasi oleh Zulkiflie Amir..)

Tuesday, September 16, 2014

True Color (Part 1)

Apakah yang kita cari lagi didalam hidup ini... Kadang kita punya kerja, tetapi kita tak pernah berpuas hati dengan kerja kita. Adakah ia tidak menepati keinginan kita? Adakah ia kerana paksaan? Ataupun kita merasakan sudah cukup hebat?

Apabila hati kita dan diri kita dipisahkan. Maka dimanakah haluannya... hati kata lain, tindakan lakukan yang lain....
Kadang rasa bosan dengan apa yang kita lakukan... Rasa ingin lakukan yang lain.. Terkejar-kejar yang lain, sedangkan yang sedia adapun tak diuruskan.. tak disempurnakan...

Kerja oh kerja....

Mungkin kita kurang bersyukur... Ramai orang mengeluh tiada kerja.. Sedangkan kita yang sudah bekerja masih mahu mengeluh...

Peningkatan kerjaya penting.. tapi jika peningkatan prestasi diri juga harus selari dengan peningkatan kerjaya. Adakah kita nak berharap gaji yang besar tapi kerja kita sekadar yang sedikit usaha. Mana ada majikan mahu bayar gaji besar tapi kerja sederhana
ok... dah ngantuk... setakat ini dulu....

Monday, September 8, 2014

Doa ibu bapa untuk anak menghadapi peperiksaan UPSR, PT3, SPM, STPM dan peperiksaan lain

Assalamualaikum,

DOA IBU BAPA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.

Ya Allah,

Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.

Ya Allah,

Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan UPSR, PT3, SPM dan peperiksaan-peperiksaan lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.

Ya Allah,

Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan,jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak anak kami.

Ya Allah,

Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.

Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.

Ya Allah, jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.

Ya Allah,

Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Ya Allah,

Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.

Ya Allah,

Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,

Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,

Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya
Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.
Aamiin.

Thursday, September 4, 2014

KONGSI: KEMPEN ATAU BULAN KESEDARAN KANSER

Sharing from one of my patient

KONGSI : SEMPENA BULAN KESEDARAN KANSER.
Ini satu mesej pkhidmatan awam dr KKM.



56 wanita meninggal dunia kerana 
mereka m'gunakan 1 pad tunggal utk satu hari...



Memakai pad sepanjang hari
   adalah tak selamat kerana
   bahan kimia yg digunakan 
   dlm tuala Ultra ....... yang
   menukarkan cecair ke gel...



Ia menyebabkan kanser di
   dlm pundi kencing & rahim.



Jika masa penggunaan
    berpanjangan darah menjadi
    hijau & kulat yg terbentuk
    masuk ke dlm rahim & bdn



Oleh itu, sila cuba m'gunakan
    pad yg dip'buat drpd kapas
    & jika anda m'gunakan pad
    ultra, tlg tukar dlm tempoh
    5 jam sekali.



Tlg tdk berasa malu untuk
    m'hantar mesej ini kepada
    wanita & suami supaya
    mereka blh berkongsi dgn   
    isteri & rakan2 t'syg.



Cuci bra setiap hari. Elakkan
   memakai bra b'warna hitam
   pada musim panas.



Jangan memakai bra semasa
   tidur.



Sentiasa tutup dada sepenuh
   nya dgn tudung @ selendang
   apabila anda berada di bwh
   pancaran sinaran matahari.



Sila guna Deodorant bukan
     perspirant.



Hantar kpd semua wanita
     yg anda sygi tanpa t'agak2


KESEDARAN itu PENTING


Sekadar peringatan. Tak
     kira lelaki @ perempuan, 
     sebarkan utk pengetahuan
     bersama .


sharing is caring

Sharing: Ustaz Zahazan

Kongsi dr Ust Zahazan. Mendalam maksudnya.

1. Solat bukanlah "tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan yg benar.

2. Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil? Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah.

3. Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun-tahun untuk ditulis.

4. Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dgn baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dgn teruk, jgn bersedih, ia juga takkan kekal lama.

5. Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. Jika anda mendapat sebutir berlian, jgn lupa emas tersebut krn utk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas.

6. Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya penamat!

7. Apabila Allah swt menyelesaikan masalah2 anda, anda percaya memiliki kemampuan. Apabila Allah swt tdk menyelesaikan masalah2 anda, DIA percaya akan kemampuan anda.

8. Seorang yang buta bertanya kepada seorang lelaki bijaksana "bolehkah ada sesuatu yang lbh teruk berbanding kehilangan penglihatan? " Dia menjawab, "ya, kehilangan visi anda! "

9. Ketika anda mendoakan org lain, Allah swt mendengar kpd anda dan merahmati mereka; kadang kala apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bhw seseorang telah mendoakan anda.

10. Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini.

Jika anda benar-benar menikmati kata-kata ini, mohon sebarkan kepada yang lain. Ia boleh menerangi hari seseorang.

Insya Allah

Ceramah Wanita Antara Kerjaya & Rumahtangga 20 september 2014

Assalamualaikum

Program Ustazah Halimah Alaydrus .
Tempat : Masjid Wilayah KL.
Tarikh    : 20/9/2014
Masa     : 9.00 am - 4.30 pm
Tajuk       : Wanita antara kerjaya & rumahtangga

Hubungi : 016 9281033 or 0122007098

Makanan pagi, tengahari & petang disediakan...



Program sudah di muktamadkan dgn tanpa bayaran. target crowd 1000 org.

JEMPUT SEMUA AKHAWAT AMBIL PELUANG NI. NO NEED REGISTRATION اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم. WALK IN YA.

PROMOTE KAN!

Wednesday, September 3, 2014

Celoteh entah apa-apa

Tak boleh tidur pula malam ni... susah betul nak lelap mata...

kenapa yer???

masih dihadapan surface merencana apa yang harus dilakukan... harap-harap membuahkan hasil... Insya Allah.. tak cuba kita tak tahu... sibuk dengan aktiviti harian... tak aktifkan diri dialam maya beberapa hari ni... xpenting pun kan..kan...

mana tau anda2 rindu dekat celoteh saya yang entah apa2 ni... hahaaaa...

apapun... moga hari anda ceria-ceria selalu.. kalau rajin komen-komenlah sikit... anynomous pun takper.. ada profile lagi ok.. boleh kite sharing-sharing info

ok... selamat malam semua....

Mungkin Ini Yang Lebih Selesa

Alhamdulillah... Moga semua sihat-sihat
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari-hari baru yang dilalui ini semuanya nampak lebih baik.. Aktiviti tidak berfaedah telah berjaya dikurangkan.. Alhamdulillah diisi dengan kesibukan yang amat sangat... Aktiviti malam dipenuhi dengan mentelaah dan berehat.. Sejak mengandungkan bidadari dulu selalu tidur awal.. pukul 9 malam memang dah rasa nak lena terbawa-bawa hingga sekarang.. hihii..

Ada waktu nie rehat sebentar update blog kesayangan.

Mulalah join satu group WhatsApp nie.. yelah.. kita bosan tak tahu nak buat apa. Atleast berbunyi juga handphone nie dari senyap sahaja. Kalau group nie ok boleh join lama.. If tidak confirm out.. hihi.. Apepun just cuba isi waktu dengan apa sahaja asalkan tidak menggugat tugas hakiki kita.

Tengok dan dengar kisah-kisah orang. Kadang kita rasa kitalah yang paling tak beruntung.. tapi ada lagi yang lebih tak beruntung.. kadang kita rasa kita selalu tidak bernasib baik, tapi ada lagi yang kurang bernasib baik.

Moralnya.. Allah swt memberi sesuatu seraya dan semampu kita menanggung dan melaluinya. Jadi tak perlu risau.. sandarkan kepad allah swt.. Insya Allah

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...