Friday, December 6, 2013

Durian Luruh Semasa Cuaca Sejuk

Alhamdulillah... sekarang musim durian luruh... Puas makan... Berlebih jual dibawah rumah... dapat juga duit...
Musim hujan-hujan ni kalau makan durian banyak boleh panaskan badan lagipun hujan-hujan begini tentunya sejuk. he..he..
Bersyukurlah tinggal dikawasan bukit yang tinggi.. jauh dari banjir. kasihan juga pada yang terkena banjir..
Moga semua mangsa banjir bersabar dengan dugaan Allah swt.

Monday, November 18, 2013

Mari Doakan Adik Ni Cepat Sembuh

Assalamualaikum...

Saya tidak pernah berjumpa dan tidak kenal dia. Tapi dia adalah pesakit saya yang baru menggunakan Tonik Hati. Berusia 6 bulan sudah menjalani pembedahan kerana masalah berkaitan hati.

Ya Allah... Moga kedua ibu bapanya tabah menghadapi ujian Allah swt.

Mari pembaca semua kita bersama-sama doakan Adik Muhammad A'ariz Daniel sembuh dari sakit yang dihidapinya. Mudah-mudahan...

Ingin dapatkan tonik hati boleh hubungi saya. Saya hanya membantu sahaja mengesyorkan yang terbaik dari pengalaman saya dan pesakit saya. Selebihnya Allah swt yang menentukan..

Sunday, November 17, 2013

Boleh Tiru Cara Saya

Thursday, November 14, 2013

AWAS!!! Penyakit Tidak Kira Usia

Assalamualaikum... Alhamdulillah Syukur.. masih mampu lagi saya meneliti ruangan yang menjadi pilihan hati saya. Beberapa hari belakangan ini tidak sempat saya melihatnya kerana masalah yang tidak dapat dielakkan. Jadi kesempatan ini saya ingin berkongsi dengan anda semua serba sedikit berkenaan dengan penyakit yang mungkin kita tidak pasti atai tidak jangka boleh menyerang kita.

Penyakit yang saya maksudkan adalah penyakit berkaitan "HATI".

Dari An-Nu’man bin Basyir beliau berkata, “Aku mendengar Rasulullah bersabda: “Ketahuilah, sesungguhnya dalam tubuh manusia ada segumpal daging, jika segumpal daging itu baik, maka akan baik seluruh tubuh manusia, dan jika segumpal daging itu buruk, maka akan buruk seluruh tubuh manusia, ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati manusia.” (Muttafaqun’alaih)

Penyakit hati yang ingin saya kongsikan ini bukan berkaitan hati manusia contohnya seperti sakit hati dan sebagainya. Kalau sakit hati ubatnya Zikir.. Ini berkaitan Hepatitis, Bengkak Hati, Masalah kekuningan, kanser hati dan yang berkaitan. Bukan saya mahu meraih jualan atau sebagainya tapi sekadar berkongsi pengalaman dan boleh diambil iktibar dan langkah berjaga-jaga oleh pembaca blog saya yang dihormati sekalian.

Lebih kurang 2 tahun atau lebih berkecimpung dalam bidang kesihatan walaupun saya bukan berpelajaran tinggi dalam kesihatan, pengalaman berjumpa dan membantu pesakit yang menghidap penyakit berkaitan hati, benar-benar memberi ilmu yang sangat berguna. 

Pernah saya berjumpa dan melawat pesakit di Putra Specialist Hospital di Melaka. Pertama kali menjejakkan kaki ke Hospital tersebut. Biasanya saya melawat dirumah pesakit. Berjumpa dengan ibu kepada pelanggan saya yang menghidap penyakit kanser hati. Keadaannya kritikal. Lebih-lebih lagi pada usianya yang 50 tahun keatas. Saat itu saya hanya ada ubat tonik hati sebotol sahaja, kerana menunggu stok yang lain tiba. Dengan rela hati saya memberikan sebotol pada pesakit saya dan selebihnya kemudian. Tapi Allah lebih sayangkan ibu pelanggan saya. Keesokannya dia dijemput Allah swt tanpa sempat memakan ubat yang saya beri. Kita hanya merancang, namun Allah menentukan segalanya. 

Ada lagi seorang pesakit sayang yang menghidap penyakit hati bernanah. Anaknya sering menghubungi saya menceritakan perihal ibunya sambil menangis. Saya tersentuh dan bersedih hati, andainya itu ibu saya. Tonik Hati memang mahal tapi berbaloi dengan perawatannya. Ibunya tidak mahu makan kerana tidak tahan dengan ubat tersebut kerana jantungnya berdegup pantas dan keadaan menjadi lemah. Sehingga anaknya menghubungi saya menyatakan kerisauan pada ibunya. Saya juga khuatir, lalu mengurangkan dos ubat tersebut. Alhamdulillah ibunya semakin sembuh. lebih kurang setengah tahun lebih saya memantau kesihatan ibunya. 

Ada juga kanak-kanak yang menghidap bengkak hati. Alhamdulillah sembuh juga apabila melihat ibunya datang kepejabat saya sambil membawa anaknya yang sudah mula aktif dan kekuningan pada badan pun telah hilang. 

Ada juga pesakit saya yang belum sempat menghabiskan ubat telah dijemput Ilahi. Ajal maut ditangan Tuhan.. Dia menghidap kanser hati tahap 4. Namun Anaknya tetap bersyukur kerana sempat melihat ibunya kelihatan sihat semula selepas memakan tonik hati.

Baru juga saya menerima tempahan tonik hati dari ibu kepada bayi yang berusia 6 bulan menghidap bengkak hati. Ya Allah.. Bagaimanakah bayi tersebut menanggung kesakitan. Semoga selepas menggunakan tonik hati, bayi tersebut cepat sembuh. Sama-samalah kita doakan untuknya.

Apa yang saya nak kongsikan disini adalah supaya kita yang masih sihat ini segera mendapatkan rawatan jika merasa badan kita mengalami kelainan. Ketahuilah oleh anda semua, daripada pengalaman saya pesakit-pesakit saya yang menghidap hepatitis dan telah mendapat kerosakan hati tidak menyedari mereka punyai sakit itu. hanya diketahui apabila sudah berlaku kerosakan sederhana dan teruk pada hati mereka.

Saya hanya membantu memberi jalan keluar.. tapi penyembuhan adalah dari Allah swt. Sebagai Umat Islam kita harus Ikhtiar mencari penawar. Kerana semua penyakit ada penawarnya kecuali mati. Waulahualam..

Boleh layari laman sesawang saya berkenaan tonik hati http://aljabbar-melaka.blogspot.com/

Friday, November 8, 2013

Cili Yang Tak Berapa Pelik


Mesti dah biasa kan anda semua tengok gambar pelik-pelik kan? Well sengaja upload gambar ni.
Cili yang ditanam oleh emak saya.. Macam ini rupanya... 2 in 1 lagi. Cili Kembar.. 
Subhanallah... Inilah keajaiban Ciptaan Allah swt

Macam comel je! Macam Cantik Je! Macam Pelik Je!

Orang kata siapa nak anak kembar, sila akan benda yang kembar-kembar. Emm.. Boleh percaya ke?
Apa-apa lah.... Saja isi kelapangan waktu di Malam hari sambil intai-intai peluang yang ada.. Bidadari pun dah nyenyak tidur..

Sharing: Kelahiran

KELAHIRAN

SETIAP INSAN TELAH DICIPTAKAN
DARI SETITIS AIR MULIA
HIDUPLAH IA DIRAHIM IBUNYA
SEMPURNA SIFAT DAN PANCAINDERA

LAHIR KE DUNIA
INDAH RUPANYA
BERSIH ZAHIRNYA TANPA DOSA

TAKBIR BERGEMA MENTAUHIDKANNYA MENGAGUNGKAN TUHAN YANG MAHA ESA

WAHAI KHALIFAH DUNIA
LAHIR MU AMAT BERMAKNA
TUNDUK SUJUD PADA YANG KUASA
SEBAGAI TANDA SYUKUR PADANYA

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
TUNJUKLAH JALANMU YA RABBI
MENSUCI DIRI DAN HATI
DARI SIFAT YANG TERKEJI

BERSYUKUR KITA  PADA YANG KUASA
DIATAS NIKMAT PEMBERIANNYA
BERIBADATLAH WAHAI MANUSIA
ITULAH TANDA INSAN SEMPURNA
TANDA SYUKUR PADA PENCIPTA
YANG MENGUASAI ALAM SEMESTA

Wednesday, November 6, 2013

Kalimat Bermanfaat lagi Pahala

Perasan tak, dalam kehidupan seharian kita. Apa perkataan yang kita sebut yang sebenarny boleh digantikan dengan kalimat yang lebih manfaat dan boleh peroleh pahala.

Kadang kita menyebut contohnya lah OH MY GOD..

Dibawah ini saya kongsikan kalimat yang harus di biasakan dalam kehidupan seharian kita. Mungkin dah biasa tapi hanya berkongsi sahaja untuk manfaat semua.

1.Bismillahirrahmannirrahim-Setiap hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulilah-Setiap habis melakukan sesuatu.

3.Astagafirullah-Jika melakukan sesuatu yg buruk.

4.InsyaAllah-Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan datang

5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah-Bila tidak dapat melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk.

6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun-Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khabar kematian.

7.Lailaha illallah-Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya.

Saya ada 2 pilihan untuk anda :
1.Biarkn sahaja post ini tanpa bermanfaat utk org lain.

ATAU

2.Anda sebarkan kepada semua. SHARE

Berpesan-pesan dengan kebenaran dan kebaikan untuk manfaat bersama...

Sampaikan Kebaikan, Peroleh Pahala

Jangan baring ketika azan, nanti jenazah kita berat."
Rasulullah S.A.W bersabda "Sebarkan Walaupun Daripada Sepotong Ayatku.
Jangan berkata-kata semasa azan, agar lidah tidak kelu menyebut shahadah ketika sarakatul maut..

Assalamualaikum.
5 perkara orang Islam patut tahu berkenaan dengan kesihatan Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti berikut:

1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.

2. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi.Mujarabnya, In sha Allah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion + ve, manakala dalam ikan mengandungi ion-ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Orang yahudi suka memakan ikan tanpa bercampur dengan makanan berasaskan ayam.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam). Sabda Nabi Ilmu itu milik Tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Cara senang utk dapatkan pahala walaupun selepas mati .
-->Pasang kipas di surau/masjid walaupun 1 , setiap kali org guna , anda dpt pahala walau slps mati .

--> Derma kerusi roda di hospital . Setiap kali pesakit guna , anda akan dapat pahala .

--> Beri baju kepada orang, setiap kali orang pakai , anda dapat pahala .

--> Beri makanan kepada orang , anda
dapat pahala selagi makanan itu menjadi darah dagingnya .

.. Menyampaikan ilmu yg bermanfaat , selagi mereka mengamalkan pahala anda tetap ada .

.. Kongsi post ini kepada orang ramai ... Walaupun 1 tolong kongsikan kepada orang, anda akan dapat pahala sebab anda telah brdakwah untuk sampaikan ilmu. InsyaAllah yang penting keikhlasan kerana Allah semata2 ...

Rasulullah bersabda,"Barangsiapa yang menyampaikan 1 ilmu sahaja dan ada org yang mengamalknnya, maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada(meninggal dunia),dia akan tetap memperoleh pahala..

Amiiin ya rabbal alamin
Semoga bermanfaat.
Amin....

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا

Sharekan post ini, Anda akan membuat beribu , malah berjuta-juta org berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W

Bila kelinci bertemu kucing

Kelinci?????  Apa tu????

Kelinci ni dalam bahasa Indonesia. Nama dalam bahasa melayu adalah Arnab "Rabbit". Sebut kelinci ni teringat cerita indonesia "Binar Bening Belian". Masa tu Jack hadiahkan kelinci dekat Bening. He..he...

Aippp lari topik pula. Saja nak update. Lihat reaksi kucing kesayangan Anne bila jumpa Arnab. Terpegun ada, takut ada, rasa nak dekat pun ada. Kat bawah ini Anne share satu gambarnya...

Lama tak jumpa dengan Arnab. Arnab ni sangat comel kalau bela. Emmm memang Anne ni suka bela binatang yang manja dan comel. Terutama kucing. Pencinta Tegar Haiwan... Notakaki: berusaha menyimpan segala memori jauh disudut hati dan sembunyikan segala harapan dan perasaan.. Demi bidadari untuk tahun baru ini...

Tuesday, November 5, 2013

Seronoknye

Alangkah seronoknye dia mengeliat. Macam-macam aksi dibuatnya.

Well that's my lovely cat... Dah tua tapi macam kucing kecik.

Selalu curi-curi masuk bilik. Dah biasa manja gitulah...

Coretan Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah buat semua muslimin dan muslimat. Moga disambut dengan penuh semangat dan azam yang baru.

Alhamdulillah syukur... Masih lagi diberi peluang untuk meneruskan hidup ditahun baru ini dengan keadaan yang serba baru. Alhamdulillah...

Genap 40 hari memiliki anugerah dan amanah dari Allah swt. Kehadirannya benar-benar mengisi kekosongan yang ada. Kurniaan Allah...

Pelbagai peristiwa suka dan duka dilalui ditahun yang sudah yang mendewasakan dan benar-benar menduga tahap iman dan kesabaran diri. Alhamdulillah.. Masih diberi kekuatan untuk menghadapinya walaupun dah terjatuh xterbangun lagi.

Moga tahun baru ini dapat juga dilalui dengan tabah dan sabar kerna ia lebih mencabar lagi. Tak mahu membayangkannya kerana ia pasti melemahkan diri.

Sedaya upaya melihat hikmah disebalik yang berlaku. Melihat hikmah disebalik keadaan yang tidak indah itu kepada yang lebih indah. Merubah keadaan yang sakit itu kepada kesembuhan demi bidadari yang disayangi.

Berhenti mempersoal itu dan ini didalam hati kerna soalan itu tiada jawapan dan jawapannya satu sahaja Berserah pada Allah swt kerna DIA yang Maha Mengetahui Segala Sesuatu.

Segalanya telah diungkapkan ... Maka tawakal dan berserah kepadaNYA. Baik mahupun tidak... Janji Allah itu pasti. Baik dibalas dengan kebaikan dan rahmat... Kurang kan ada juga balasnya...

Apapun salam maal hijrah dari penulis dan bidadari tersayang... Hijrahkan diri anda seikhlasnya sedikit demi sedikit.

Notakaki: mengapa hati ini masih xbisa memaafkan lagi... Apakah hilang sudah kelembutan hati dengan apa yang terpaksa dilalui... Huh... Melangkah kaki untuk pergi dari sini...

Monday, November 4, 2013

Taska Asuhan Ditutup?

Susulan penyebaran video kanak-kanak dipukul melalui buletin Utama TV3 jumaat lalu, pihak JKM mendapati taska asuhan terabut ditutup dan pengusaha taska tersebut gagal dihubungi.

Entri terdahulu: Berani ke Nak hantar Anak ke Pusat Asuhan?

Dah tutup? Emmm kalau tak salah takkan ditutup, betul tak?

Rasanya pihak jabatan kebajikan masyarakat atau badan yang berwajib HARUS menyemak semula senarai pusat asuhan kanak-kanak atau taska asuhan kanak-kanak yang berdaftar. Dan memantau operasi pusat asuhan tersebut bagi memastikan pengusaha dan petugas taska tersebut mematuhi peraturan dan menjalankan tugas dengan baik.

Perlu juga memantau semua Pusat Asuhan yang diwujudkan beroperasi secara sah dan berlesen. Sebab banyak pusat asuhan sekarang dibina untuk memenuhi permintaan para penjaga atau ibubapa yang bekerjaya.

Kalau tak dipantau memang macam nilah jadinya... Siapa yang sanggup tengok.anak dipukul atau didera. Tengok orang kena pukul pun kita tak sanggup inikan pula anak sendiri.

Dahlah mengenakan bayaran yang tinggi untuk menjaga anak-anak. Kadang-kadang tak berbaloi. Saya memang tiada pengalaman, tapi mendengar keluhan rakan-rakan dan saudara.

Sekira ada komen, boleh tinggalkan komen diruang komen. Terima kasih

Terfikir? Apa beza pengasuh dan pusat Asuhan? Nanti kita bincangkan.

Notakaki: Bidadari ibu... You stay with me... I care you by myself.

Bersediakah Untuk Berhijrah?


“Dari Amirul mu’minin Umar bin Al-Khotthob rodiallahu’anhu, ia berkata, 
“Aku mendengar Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda, Sesungguhnya amalan-amalan itu berdasarkan niatnya dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang ia niatkan, maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya maka hijrahnya adalah kepada Allah dan RasulNya, dan barangsiapa yang hijrahnya karena untuk menggapai dunia atau wanita yang hendak dinikahinya maka hijrahnya kepada apa yang hijrahi”
. (HR. Al-Bukhari )

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1 MUHARAM 1435


Alhamdulillah... Berakhir sudah tahun hijriah 1434 dan sekarang telah masuk tahun hijriah 1435. Sejenak terfikir di minta akan apa yang telah dilakukan dan dimanfaatkan pada tahun yang sudah. Pastinya banyak peristiwa yang telah berlaku sepanjang tahun yang lepas. Suka, Duka, Pahit, Manis dan pelbagai cerita.

Persoalannya Adakah Bersedia Untuk Menghijrahkan Diri?

Setiap dari kita perlu berhijrah. Sama ada berhijrah sekaligus ataupun sedikit demi sedikit bergatung dengan keupayaan diri kita. Pada saya memang harus berhijrah kini. Setelah memiliki bidadari dan kehidpan yang baru walaupun ia amat sukar. Hijrah pada kehidupan.. namun hijrah pada hati mungkin belum masanya lagi. Ia sesuatu yang amat sukar melainkan ia dengan kehendak sendiri. Namun bila ia dalam dipaksa, pastinya tidak mampu untuk dilakukan. 

Semoga semua daripada kita mula berhijrah dari sesuatu yang kurang kepada yang lebih baik. Insyaallah dipermudahkan...  Salam Maal Hijrah..


Cara Membaca Doa Akhir Tahun Hijrah dan Doa Awal Tahun Hijrah

Ini adalah cara membaca doa akhir tahun hijrah. Diibaca 3 kali selepas waktu asar sebelum masuk waktu maghrib akhir bulan zulhijjah. Barang sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya selama setahun”

Doa Akhir Tahun Hijrah

doa akhir thn0 Cara Membaca Doa Akhir Tahun Hijrah dan Doa Awal Tahun Hijrah

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak reda dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.


Doa Awal Tahun Hijrah

Ini adalah cara membaca doa awal tahun hijrah. Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Barang sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata: “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

doa awal thn0 Cara Membaca Doa Akhir Tahun Hijrah dan Doa Awal Tahun Hijrah


Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, Yang Qadim. Yang Awal dan ke atas kelebihanMu Yang Besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka


Read more: http://www.anakulucheka.com/cara-membaca-doa-akhir-tahun-hijrah-dan-doa-awal-tahun-hijrah/#ixzz2jeq33LGA 


Notakaki: Waktu masih ada dan kan berakhir tidak lama lagi.. Selagi itu masih tetap menunggu.. Sekalipun telah habis waktu biarlah menunggu dihati yang tak siapa tahu..

Sunday, November 3, 2013

Kenapa Pou Obesiti

Seharian tak menjengah Si Pou. Sekali bila tengok dia dah obesiti. Siapalah punya kerjaan ni. Mesti adik-adik i yang main ni.

Emm xkisahlah lagipun Pou ni tak mati.. Hu...hu... Takda function yang bila sakit teruk dia mati dan balik ke level 1 semula. Game je pun....

Celabrated Mok Su

Surprise untuk si kecil bongsu aka Mak Su Isla dari kak long dan bang long bersama princess Aina.
Alhamdulillah dah besar pun dia. Sambutan sederhana bersama keluarga. Kecil tapi kami semua bahgia. Sharing each other... Saya sayang keluarga saya...
They love bidadari so much too and a big thank to them...
Pandang sahajalah kek tu sebab tak boleh makan... Tapi tak kempunan pun sebab memang tak makan sangat pun kek-kek sebelum ni.
He..he...
Notakaki: Nyenyaknye dia tido sebelah ni.. Muah bidadari sayang... Nanti kul 3 timing tuk kejut ibu dia pula... Siap lew...

Saturday, November 2, 2013

Selamat Hari Lahir

Selamat hari lahir buat adik bongsu tersayang yang ke-12. Dah besar pun dia. Tapi masih macam budak-budak. Anak buah dah bertingkat-tingkat..

Apapun... Moga dapat result UPSR yang bagus nanti...

PetPet Easy Start: Win FREE Diapers

Para ibu sekalian....
Mari sertai PetPet Easy Start dan berpeluang mendapat bekalan lampin bayi PERCUMA selama sebulan...

Jom sertai!

Perempuan Itu

Alhamdulillah... Tidurpun bidadari dalam.pelukan ibunya tersayang...

Mengapa kebanyakan perempuan yang tabah dan kuat menjadi lemah?
*
*
*
*
*

Kerana CINTANYA

Notakaki: Tiada apa mampu merubah hati ini .... Hanya Allah sahaja yang mampu..

Friday, November 1, 2013

Berani ke Nak Hantar Anak Ke Pusat Asuhan?

Melihat paparan berita di TV3 berkenaan seorang bapa memang kamera tersembunyi pada anak nya untuk melihat keadaan sebenar pusat asuhan anaknya.. Dalam rakaman tersebut... Masyaallah.. Rasa geram hati ni bila tengok kanak-kanak tersebut dipukul. Nauzubillah

Teringat pada Arwah anak buah saya yang meninggal dipusat asuhan kanak-kanak beberapa bulan yang lalu. Sehingga kini kesnya masih belum selesai.

Tak sanggup rasanya untuk menghantar bidadari ke pusat asuhan selepas mendengar berita-berita yang tak diingini.

Biarlah jaga sendiri... Susah sendiri.... Mohon dijauhkan segalanya.

Kalau nak hantar anak kepusat asuhan pastikan pusat asuhan tersebut berdaftar. Pastikan keadaan pusat asuhan tersebut selamat. Kenal pasti petugas-petugas di pusat asuhan tersebut. Kalau boleh ambil gambar mereka. Simpan untuk apa-apa jika diperlukan.

Pastikan juga periksa anak kita apabila pulang kerumah. Contohnya periksa badan anak jika ada kesan-kesan lebam dan sebagainya. Tanya anak-anak kita bagaimana keadaan di pusat asuhan tersebut bagi anak-anak yang sudah pandai bercakap. Kanak-kanak tak pandai bohong tau!

Sesekali lakukan LAWATAN MENGEJUT diwaktu-waktu kerja. Dengan cara itu kita boleh tau keadaan anak kita dijaga. Kalau datang masa nak ambil anak tentulah baik-baik belaka.

Buat pengusaha pusat asuhan diluar... Kalau tak pandai jaga jangan buat pusat asuhan. Bisnes-bisnes juga.. Tapi buat apa kalau macam tu...

Moral... Jaga sendiri anak...

TERKINI PUSAT ASUHAN

Wednesday, October 30, 2013

Sebelum Tidur Apa Nak buat

Entry last for today... Dah malam kan... Ibu bidadari dah mengantuk... Bidadarinya tengah nyenyak tidur... Baik tidur.. Nanti pukul 3pagi bidadari pasti bangun dan tak mahu tidur lagi sampai lew subuh... Ok.. Sebelum tidur... Pastikan kita berada dalam keadaan yang ok. Mood, fikiran semuanya dalam keadaan yang baik. Boleh amalkan sunnah nabi dalam post anne yang terdahulu... Kalau ada salah minta maaf... Mana tau tak sempat. Kalau ada kesilapan orang pada kita pun cuba maafkan. So hati kita akan lebih tenang. Insya allah... Kalau orang tak minta maaf dekat kita pun kita maafkan juga.. (paling susah nak buat)... mana tau Allah ampunkan kesilapan kita pada orang lain yang kita lupa nak minta maaf... (dengar ceramah UAI ustaz Azhar Idrus) Ok.. Selamat malam semua.. Moga peroleh tidur berkualiti...

Kuatnya Nangis

Assalamulaikum dan selamat tengah hari semua..... Sihat ke anda-anda semua... Moga sihat dan bahgia sokmo....

Hari ni bawa bidadari jumpa doktor. Almaklumlah dah sebulan... Cepat betul masa berlalu. Terima kasih ayah dan emak kerana sudi menghantar dan teman saya untuk galas tanggungjawab orang lain! Sementara waktu je... Nanti boleh pergi sendiri.

Kuat sungguh bidadari nangis bila sicucuk hepatitis B... Bagus injection ni untuk elakkan terkena jangkitan hepatitis. Jangan ambil mudah tau. Pengalaman Anne bergelar Consultant bagi mereka yang menghidap hepatitis ni.. Boleh dikatakan ramai yang menghidapnya. Tak kira dari bayi sampailah yang dah meningkat usia.

Bagi mereka yang ada menghidap hepatitia ni, boleh hubungi Anne untuk dapatkan penawarnya.. Anne hanya membantu... Penyembuhan dari Allah swt.

Balik pada bidadari.... Sampai berdarah sebab dia keraskan otot dia. Emmmm bidadariku sayang... Puas ibu pujuk dia... Lepas tu nak kene jumpa doktor pula dipekan. Tadi di desa... Susahnya nak kena tukar-tukar tempat.

Punyalah lama di klinik desa punya servis. Padahal dua orang je pun.... Lebih nak borak jew....

Ni bidadari dah nyenyak tidur... Alhamdulillah... Boleh ibu kerja pula.... Muah dia banyak-banyak...

Notakaki: Alhamdulillah turun 11kg dalam sebulan... Ayuh.. Turun lagi... Dah nak.sampai berat normal dah... Bagus betul 100% breastfeeding nie...

Tuesday, October 29, 2013

Masa Kosong Apa Nak Buat?

Malam blogger semua... Jupe lagi yok... Mesti jemu kan tengok Anne asyik nak tulis entah apa-apa. Emmm sebenarnya sekadar nak isi waktu yang kosong bangat ni.

Yelah.. Sebagai seseorang yang sedang memegang Status "Pengangur Terhormat" ni yang sedang menghabiskan waktu bersama Bidadari kesayangan sehingga waktu yang diberi, apalah yang boleh dibuatnya. Berehat! Berehat! Berehat!

Kata orang, kalau budak tidur, kita kena tidur, kalau dia jaga, kita jaga. Nanti tak cukup tidur. Tapi apa boleh buat, memang mataku ada timing tidur sendiri.

Jadi masa yang ada ni diurus dengan baca buku terutama buku motivasi. Itu memang WAJIB... Kata orang jangan membaca nanti mata tambah rabun... Aduhai.... Banyak sungguh pantang larang. Baca setakat mana yang mampu... Tulisan hok besar-besar. Yang kecik-kecik tu tak baca.... Alasan banyak... He..he..

Nak berbual.. Tak tau nak bual dengan siapa.. So... Blogging lah.. Facebook pula alahai... Takda yang menarik...

Ishh apalah yang dibebelkan nye ni... Oklah.... Nak searching... Searching jap... Jupe lagi.... Da.....

Bahgia Bersamanya

Alhamdulillah... Bahgia letaknya dihati... Biarpun kita tak punya apa-apa, biarpun kehidupan kita tidak indah...

Lega hati melihat dia sihat, gembira, tersenyum, ketawa... Sedih hati melihat dia seakan tidak sihat... Menangis..

Lenanya dia tidur... Bahgia hati ini dengan hadirnya dia... Penawar segala duka lara seorang ibu.

Dialah buah hati... Dan segalanya... Muah dia banyak-banyak..

Ulat Buku Ambil Risk Management

Alhamdulillah.. genap sebulan sudah... bidadari berada disamping Anne. Bermacam kerenah dan ragam yang dapat dibaca.. Aduhai sayang.... Semalaman dia tak tidur.. asyik menangis sahaja.. sampai tak tahu nak pujuk bagaimana lagi...mata mengantuk.. keletihan.. lenguh-lenguh badan... Harus juga melayan kerenah si comel... Apalah yang dia tahu... Pengalaman yang mendewasakan sungguh.. Lebih-lebih lagi menjaganya sendirian... lepas mandikan dia baru lega sedikit.. pagi-pagi lagi mandi.. itu pun lihat dia tidur-tidur ayam... Apa-apa jelah sayang ... 

Dia dah senyap.. sempat belek-belek buku-buku yang ada.. Alamak... ini bukan Spesies Ulat Buku yang kuat membaca.. Tapi ni memang betul-betul ulat sungguh... Habis buku Anne dimakan semut... Buku-buku nie masa belajar dulu... Sayang sungguh.. 

Kata orang tua-tua.. kalau nak pandai.. rebus buku ambil airnya minum.. hu..hu... Semut ni lagi pandai.. Makan terus... Padanlah dengan tajuk buku nie.. "Risk Management" Ambil risiko betul makan buku-buku Anne ni... Macam-macam hal...

 

Mini Giveaway By Nabila Medan


CLICK BANNER!!

Hai semua.... Sihat ko tu? Jom join Segmen dari Cik Nabila kite.. Ada hadiah menarik menanti tau!!!



Tarikh Tutup
30 Okt 2013 (esok lah!!!!)

Hadiah
Set Produk Mary Kay Bernilai RM108 X 3 (wow.... sape taknak tu rugi!!!)
Sheisedo Mask (5 Keping) X Top Refferal (emmm baik tuk muka tau..... nak juga..)

Monday, October 28, 2013

Kenapa Perlu Berbohong Untuk Jaga Hati?

Semua orang pernah bohong kan? Tipulah kalau kata xpernah... Sesetia manapun, sejujur manapun, sesayang manapun, sebaik manapun... Dah nama manusia kan!

Tapi... Perlu ke kita berbohong untuk menjaga hati orang lain? Alik-alik.memakan diri. Hati sendiri yang menahan rajuk. Aduhai.... Kasihan teman-teman saya diluar sana... Sibuk menjaga hati orang lain... Tapi hati sendiri digulai-gulaikan... Sedap makan hati ulam jantung ni...

Kerna cinta dan sayang... Sanggup berkorban segala... Tapi apa yang mereka dapat? Tangisan didalam hati kerna ketidakadilan hati manusia yang lebih menurut kata manusia daripada hukum Allah swt.

Bisa yang amat ayatku ini! Datang bulan apa???? Sekadar menjadi pendengar dan penasihat sahaja... Sambil ambil iktibar dan pengajaran dari pengalaman orang.

Kalau hati dah sayang... Segala yang baik sahaja kita nampak.. Walau buruk manapun tetap nampak cantik. Tapi.. Berbaloikah? Bukan untuk persoalkan akan kewajipan kita... Namun... Allah swt pun tidak suka kita zalim pada diri kita sendiri.

Apa yang kita buat harus ikhlas.. Jujur.. Dan sandarkan kerana Allah swt... Tapi kalau hati kita asyik persoalkan sahaja... Tanyalah pada hati kita.. Ikhlaskah?

Kena disertakan niat... Niat yang baik.. Diikuti dengan perbuatan yang baik juga..

Tumpang simpati dengan nasib-nasib mereka.. Mereka tak minta jadi begitu... Takdir telah membawa mereka... Tak juga minta untuk melalui jalanan begitu.. Sekadar menumpang kasih dan kebahagiaan bersandarkan pada tangan yang menghulur dan membawa dan meyakinkan mereka... Namun... Setelah meniti kehidupan itu... Ketidakadilan yang terpaksa mereka hadapi kerna kelemahan manusia.

Moga mereka tetap tabah jalani kehidupan. Jalani kewajipan yang dipertanggungjawabkan. Bersyukur dengan nikmat yang Allah swt beri. Teruskan berdoa dan memohon petunjuk dari Allah swt agar segalanya dipermudahkan ... Dilembutkan hati-hati manusia untuk lebih menerima hukum Allah swt. Terus berjuang ... Insyaallah...

Ps: Berat mata memandang... Berat lagi bahu memikul... Dalam hati tak siap tahu.. Biarlah cerita itu jadi rahsia... Rahsia tetap rahasia...

Sila up TRAFFIC BLOG saya.... ayat tak boleh bla....

Sunday, October 27, 2013

Hujan diluar dan didalam

Hujan lebat sedang membasahi bumi... Kedengaran deraian air dari luar jendela. Kumelihat jam yang tertera pada skrin handphone... Jam sekarang 4:19pm. Sebentar lagi masuk waktu Asar..

Aku bingkas bangun meninggalkan bidadari yang sedang nyenyak tidur. Kelihatan dia tersenyum.. Mungkin sedang mimpi indah. Biarlah dia tidur lena... Malam tadi puas dia menangis tak mahu tidur....

Aku pergi keberanda luar untuk menikmati suasana hujan yang amat indah. Lantas sempat aku mengambil gambar hujan yang sedang turun..

Alhamdulillah.... Hujan rahmat... Awan sedang menitiskan air matanya.. Seperti diri ini yang merintih didalam hati.. Ah... Sudahlah.... Tiada siapa yang mampu mengerti...

Aku kembali mendapatkan bidadari... Lantas kupeluk dan kucium dia... Dialah buah hatiku... Dialah temanku... Dialah segalanya buat diriku....

TAMMAT........

Notakaki: Aipppp pengarang xda idea nak buat cerita.... Hu..hu.....

Saturday, October 26, 2013

Macam mana nak dapat rehat yang bagus?

Sepatutnya masa-masa begini adalah yang terbaik untuk mendapatkan rehat yang cukup dari melakukan sebarang kerja. Ye betul... Tapi tak juga.

Jika badan sahaja berehat, tapi minda, hati tak berehat tak jadi juga. Keletihan dan kelesuan sahaja.

Mungkin kita sedang duduk bersandar sambil memejamkan mata... Namun otak masih memikirkan itu dan ini. Hati pula sering berbisik-bisik. Manakan dapat rehat yang baik.

Tidur adalah waktu yang sementara untuk melupakan segala. Bila bangkit ia bermula kembali. So how?

Perkara tak logik: buat2 hilang ingatan
Perkara yang logik: buat tak tau sudah
Perkara yang biasa dibuat: Diam itu lebih baik
Perkara yang biasany akan terlakukan: Lelehan air mata... (budak cengeng)

Notakaki: Sedar tak sedar, dah pun laluinya.... Sabarlah....

Friday, October 25, 2013

Baby Sleeping Style;

Finally... She gots new sleeping style.. Sleep on my chest...

Nampaknya jangan diajar sedemikian, nanti susah nak buat kerja. Sesekali bolehlah... But sangat-sangat cute bila bidadari tidur macam tu.. Terasa aman sangat-sangat hati ini...

Hilang rasa gundah gulana...
Gambar kat bawah nie sekadar hiasan je..

Cakar Hari-hari Mau

Tajuk tak boleh bla.....

Alhamdulillah.... Syukur.. Masih boleh menaip lagi dilaman kesayangan ini. Bila ada masa terluang, dapatlah mencorat-coret disini.

Bidadari pun sudah nyentak tidur lepas mandi. Syukur dia dah tak banyak ragam. Tengah duduk-duduk lipat baju, terdengar pula bunyi cakaran. Tengok dekat pintu rupanya dia punya kerja.

Ingat ni cakar harimau ke? Nak bodek lah tu. Sorry... No Entry!

Notakaki: tinggal beberapa hari je lagi.. Pastu dah boleh keluar... Yes!

Tuesday, October 22, 2013

Bila menangis tak henti-henti

Kalau dahulu bila dengar anak kecil atau bayi menangis tak henti-henti... Dalam hati kata.. Alahai... apalah ibu dia tak pujuk bayi dia nangis. Bising dengarnya... Tak pandai nak pujuk ke?

Tapi sekarang... Sendiri rasa... Baru tau.. Bukannya tak dipujuk.. Bukan tak diberi susu... Baru tau rasa macam mana... Bukan mudah... Lebih-lebih lagi bila sendirian yang kena lakukannya.

So.. Inilah masa untuk mengetahui... Who we are before. Kepayahan dan kesusahan ibu kita menjaga kita dari bayi sampai dah besar panjang.

Kalau ditanya susah ke nak jaga bayi yang kecil... Jawabnya... Alami dulu baru tahu susah atau senang. Apa yang perlu ada adalah... Sabar bila bayi menangis atau meragam. Emmm kadang terselit gak rasa kurang selesa.. Tapi sabar juga.. Apalah yang mereka tahu...

Apapun... Muah...muah... Sayang bidadari ibu... Si pipi merah...

Puk Amai-amai
Belalang kupu-kupu
Tepuk humaira pandai
Ibu Upah air susu...

Notakaki: agaknye ikut perangai ibu, time preggy nangis je kut.. Tu yang bila keluar dia nangis je... Hurmmmmm xlogik! baby memang suka nangis pun.

Sempat lagi update... Yelah... Bile terluang sikit. Hari nie last nk update! Esok-esok xtau lagi ada lagi atau tak.

Monday, October 21, 2013

Mendukung Anak Perempuan Ketika solat

"Dari Abu Qatadah, beliau berkata, " Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. Solat bersama orang ramai sedangkan beliau mendukung Umamah binti Zainab binti Rasulullah. Apabila Rasulullah sujud, beliau meletakkan anak itu dan apabila berdiri beliau mendukungnya." (HR. Enam imam perawi hadis, kecuali Tirmizi)

Penerangan:

Hadis ini adalah dalil yang menjelaskan sekaligus membolehkan wanita mendukung atau mengendong bayi ketika sedang solat dan tidak ada larangan serta boleh saja. Kerana apa yang dilakukan oleh Rasulullah membuktikan demikian. Hadis juga menunjukkan betapa kasih dan sayangnya Rasulullah kepada cucunya.

Dalam riwayat lain disebutkan, pada suatu hari Rasulullah s.a.w mengerjakan solat. Ketika beliau sedang sujud, tiba-tiba Hasan (cucunya) yang masih kecil ketik itu duduk di atas tengkuk beliau. Rasulullah tidak marah, bahkan beliau sengaja melamakan sujudnya supaya Hasan merasa puas duduk di atas tengkuk atau bahunya.

Sumber: Wasiat Rasulullah Untuk Wanita

Notakaki: Sabarnya Rasulullah... Jika kita... Adakah sesabar itu dan sepenyayang itu? Jika anak mengganggu orang solatpun sudah dimarah dan dipukul.. Bukan mahu ditegur dan dinasihat dengan baik. Moga diri mampu mendidik bidadari menjadi anak yang solehah dan taat pada ibu dan ayah.

Be Careful With My Heart -TV3

Saya bukanlah penggemar menonton tv. Tapi... Disebabkan 24 hours perday 7 days perweek dirumah sahaja... Maka rancangan televisyen jadi agenda bila kelapangan waktu....
Cerita terbaru philipine nie best pula. Cerita tentang maid nama Maya.. Cute dia.. Tajuk cite Be Careful With My Heart.
Apalagi... tontonlah...

Bila Nak Merempuh Hutan?

Saat tengah dilanda kebosanan ni belek-belek galery dekat handphone yang tak berapa nak canggih ni. Tengok gambar-gambar memori yang penuh dengan suka & duka... Hu..hu... Xla... Suweet sangat pun...

Terjumpa gambar pergi rempuh hutan yang tak berapa nak hutan sangat awal tahun ni. Sesekali masuk hutan hirup udara fresh bagus. Boleh tenangkan fikiran.. Minda pun jadi cergas...

Nanti dah sihat boleh pergi semula... Pasti!

Macam ribut.. Peluk bidadari ketat-ketat!

Cuaca diluar amat menggerunkan... Hujan selebat-lebatnya... Guruh dilangit usah nak dikata...

Cepat-cepat peluk bidadari, takut dia terperanjat. Panaskan badan dia... Seronoknye dia tido dalam pelukan ibu dia... Macam tau-tau kat luar hujan lebat...

Peluk dia ketat-ketat...

Orang kata time hujan-hujan nie elok berdoa.. Jom sama-sama berdoa... Doa apa ye???

Rahsia.... He..he...

Notakaki: Bahgia ada untuk kita sayang... Lambat atau cepat.. Yang penting kita sabar dengan dugaan dan kekurangan ini.

Sunday, October 20, 2013

Sharing: Cium Anak Dapat Pahala

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak.

Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan? Dengan wujudnya sifat suka mencium anak, hormon dan bau anak kita itu akan sebati ke dalam otak kita sekaligus mesej yang mengatakan “aku sayang anak aku” akan tersemat terus ke dalam jiwa.
Copypaste...

Notakaki: Cium Bidadari banyak2...muah.....

Saturday, October 19, 2013

Sharing: Kelebihan membiayai dan membesarkan anak.

Aisyah r.a berkata,

" Pernah seorang wanita bersama dua orang anaknya yang perempuan mendatangiku untuk mengemis kepadaku. Namun sayang merela tidak mendapatkan apa pun daripadaku, kecuali sebiji kurma, dan aku memberikan kurma itu kepadanya. Lalu wanita itu membelah buah kurma tadi untuk kedua puterinya, sedangkan dia sendiri tidak memakannya dan si wanita itu kemudian berlalu dari hadapanku. Sejurus selepas itu, Rasulullah datang, lalu aku memceritakan kejadian itu kepada beliau. Setelah mendengar ceritaku, kemudian Rasulullah berkata, "Siapa saja yang dibebani oleh kedua anak perempuan, seperti orang tadi, kemudian dia berbuat baik kepada keduanya, maka kedua anak itu akan menjadi pelindung baginya dari api nerakan." (HR.Bukhari Muslim dan Tirmizi)

Sumber: wasiat Rasulullah untuk wanita.

Langsir pun Langsirlah

Dalam diam dia curi-curi masuk bilik...
Habis langsir bilikku dikerjakan. Nak berguraupun mainlah benda lain.. Carik pula langsir ni nanti...

Syoh.... Main kat luar... Bidadari syok tidokan diri... Dia tak sihat....

Asyik Bertelagah Sahaja

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula adik-beradik.. Bidadari baru sahaja nak lelap tido, mereka dua dah buat drama pula dekat tepi bilik. Dah lah bidadari xberapa sihat.

Si bulat sibuk nak ganggu adiknya si panjang. Sengaja nak cari gaduh... Tunggu ye.. Simbah denga air... Kasi mandi itu olang...

Tahap Kencing Manis, Logik?

Tahap 1: Bila anda kencing semut datang mengelilingi anda.

Tahap 2: Teruk sikit, bila nak pergi kencing semut follow anda dari belakang.

Tahap 3: Lagi teruk, Bila nak kencing semut dah tunggu siap-siap dalam bilik air.

Tahap 4: Paling teruk, anda kencing keluar semut 3-4 ekor.

Tahap 5: Seteruk-teruknya dimana anda akan kencing kawan-kawan anda!

lawak jer....

Notakaki: lepas lelah sebentar... Bidadari.comel asyik nangis & muntah. Tak sedap perut. Tak sampai hati tengok dia nangis.. Dia nangis ibu pun nangis sama.. Sabar sayang... Ibu ada.. Moga cepat sembuh.

Friday, October 18, 2013

7 Adab Terhadap Ibu Bapa

Hormati mereka selagi mereka ada. Tidak kira dia ibubapa kandung @ mertua @ siapa saja bergelar ibu dan bapa.
Sumber: wassup

Sharing: Kelebihan Membaca Surah Kahfi Hari Jumaat, Penghulu Segala Hari



Kelebihan Membaca Surah Kahfi
Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.
 Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.  Berikut adalah beberapa hadith mengenai kebaikan surah al-Kahfi:
Imam Ahmad berkata :"Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal."
 [ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]
Imam Ahmad berkata : "Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal."
 [ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]
Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."
 [ Hadis Riwayat Ahmad ]
Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada Abi Said Al Khudri berkata:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dihamparkan utknya daripada cahaya antara dia dan bait Al Atiqa."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada Mandhur Ibnu Zaid, Khalid Al-Juhani dari Ibnu Al-Hussien dari bapanya daripada Ali Marfu'an:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,maka dia dihindari daripada fitnah selama lapan hari,dan jika Al- Dajjal muncul,maka terhindar dia daripadanya."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada syukbah daripada Abi Hashim dgn isnadnya.sesungguhnya Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan,jadilah cahaya utknya dihari kiamat."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]


Sumber: Uitm

Thursday, October 17, 2013

Sunnah Sebelum Tidur

Bilakah kan mendapatkan semula tidur yang lena setelah berbulan ia hilang...

Selamat Malam Wahai Khalifah Allah semua...

Please Hug Me

Ibu....
Please hug me...
Don't leave me alone...
I need you...
Hold my hand...
Wipes my tears...
I love you so much...

He..he...

Yes my dear...
I always here for you...
I sacrifice all of my life just for you
Come.... I will hug you
You have me...
And i have you....
We've each other...

Wednesday, October 16, 2013

Sharing: LARANGAN MEMUKUL ANAK KECIL YANG SEDANG MENANGIS

Rasulullah SAW bersabda : Janganlah kamu memukul anak- anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Karena pada empat bulan pertama kelahirannya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi SAW Dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ayah bunda nya. ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a.)

Baginda Rasulullah SAW menjelaskan bahwa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.

Rasulullah SAW Bersabda : Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuknya dan kedua ibu bapanya.

Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapaknya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruknya. ( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)

Sabda Rasulullah SAW ;"Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada." (HR. Muslim)

Coretan Hati: Entah apa-apa

Betul kata orang....
Bukan mudah untuk melupakan kesakitan yang dialami
Bukan mudah menghapus kekecewaan hati
Bukan mudah memujuk hati yang terluka lebih-lebih lagi hati sendiri
Bukan mudah juga untuk menerima tiap kepahitan dengan begitu pantas
Bukan mudah juga untuk memberi maaf tiap kesakitan yang diberi

Sekalipun ia seorang pemaaf
Sekalipun ia seorang yang penyabar
Sekalipun ia seorang yang pendiam
Sekalipun ia seorang yang bertolak ansur
Sekalipun ia seorang yang tabah
Sekalipun ia sentiasa mengalah
Sekalipun ia punyai pendirian tetap
Sekalipun ia senantiasa memberi peluang

Kerna......
Ia juga manusia biasa....
Hatinya Milik Allah
Segalanya milik Allah

Sharing: Doakan Sesama Kita

Ya اَللّهُ :  
Muliakanlah yang membaca pesanan ini
Lapangkanlah hatinya
Bahagiakanlah keluarganya, dan
Luaskan rezekinya seluas lautan yang Engkau ciptakan
Mudahkan segala urusannya
Kabulkan cita-citanya
Jauhkan dirinya daripada segala Penyakit, Fitnah, Prasangka, Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar
Jauhkan dari segala Musibah
Serta terimalah semua amal ibadahnya, dan
Kelak jadikanlah dia sebagai penghuni Syurga-Mu.

Amin Ya Rabb

Usaha kirimkan semula agar kita sentiasa saling mendoakan.

10 Perkara Sebabkan Hati Buta





Biar buta penglihatan
Jangan buta hati dan fikiran
Biar pun miskin hina
Jangan papa adat dan bahasa

Berhelang helang buana
Jangan lupa saudara tetangga
Bila hujung di jumpa
Jangan pula pangkal kau lupa

Harumnya bunga rampai
Oleh kerna ramuan yang pandai
Indahnya sang pelangi
Tapi sayang tiada bererti

Hidup dalam dunia
Banyak ceritanya
Selagi bernyawa
Ada saja kerenahnya
Yang indah hanyalah bahasa
Disebut dibaca
Gurindam serta seloka

Namun kenyataan hidup masih tetap sama
Tidak kira walau di mana
Tepuk dada tanya selera
Amalan biasa

BreastFeeding: Nak Susu Ibu

Tuesday, October 15, 2013

Tidurlah Sayang

Lenanya masih diulit mimpi
Mungkin tidak puas lagi menikmati lena dikantung indah
Kadang terlihat tersenyum
Kadang terlihat tawa
Kadang masam mencuka
Kadang rengek tangis kecil
Kadang mengeluh

Jalanmu masih jauh
Saat hari pertamamu sahaja
Sudah menempuh ranjau dunia
Tak tergambar akan hari-harimu yang bakal dilalui
Yang masih belum lagi kau mengerti

Tidurlah sayang dalam lenamu
Esok lusa tiada siapa yang tahu
Malah kau juga tiada tahu
Sesiapapun tiada tahu
Namun..
Usah bimbang...
Sepasang tangan ini kan memimpinmu
Sekujur tubuh ini kan sentiasa memelukmu
Jemari ini kan menyeka air matamu
Sekeping hati ini kan selalu ada dirimu

Tidurlah sayang...
Usah bimbang kan hari esok
Kerna esok tiada pasti...

Thursday, October 10, 2013

Tiket Maaf?

Sedikit ulasan kata & bicara teman-teman:

Kata maaf bukanlah satu tiket mudah untuk menghapus segala salah dan silap kita terhadap seseorang. Adakah kita terfikir? Setelah kita sakiti hati orang lain atau membuatkan hati seseorang terluka atau membuat orang marah dan terasa hati, kemudian kita minta maaf. Betul... Meminta maaf itu harus untuk menghapus salah kita. Tapi... Adakah berbaloi dengan apa yang dirasa orang tersebut?

Jika maaf itu satu tiket, senanglah salah sahaja minta maaf. Apa susah...

........
Kemaafan yang seharusnya adalah secara jujur dan ikhlas. Tapi jika kita minta maaf, kemudian tetap buat juga salah yang sama. Bertanyalah pada diri... Adakah maaf itu benar-benar ikhlas. Atas sekadar penyedap hati. Memang manusia banyak khilaf. Dan tiada yang perfect... Tapi belajar dari kesilapan akan menjadikan kita lebih berhati-hati. Kalau tak belajar dari kesilapan, memang silap itulah yang sering diulang, diulang dan diulang. Sedar ataupun tidak.

Waulahualam...

Muhasabah Diri: Pakar Dunia, Jahil Akhirat

https://www.youtube.com/watch?v=AR-PdpHGhyo&feature=youtube_gdata_player

Wednesday, October 9, 2013

Sebamed Dari Perak

Bidadari Comel hari ni dapat gift dari Makngah nya dari Perak. Siap Pos Laju untuknya dari Perak. Kulit sensitif sangat. Alhamdulillah... Nampak macam ok bila guna.. Moga sesuai dengan kulit dia. Orang kata guna Sebamed produk dari germany nie ok. The best! Kita ikhtiar...

Terima kasih Mak Ngah... He..he..

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...