Tuesday, May 29, 2012

Sekadar Coretan Hari Yang Berlalu

Pernahkah terfikir? Pernahkah Direnungkan? Pernahkah Dimuhasabahkan?
Akan apa yang dilakukan sepanjang hari-hari yang berlalu...
Pernahkan apabila mengakhiri hari sebelum lewat tidur malam
akan ..... apa yang dikerjakan sepanjang hari siang sehingga waktu tidurnya

Pernahkah akan kita terfikir...
Apa sahaja yang aku usahakan hari ini?
Apakah aku ikhlas melakukan kerja ku hari ini?
Adakah aku sentiasa mengeluh dengan pekerjaanku hari ini?
Adakah aku membiarkan waktuku berlalu hari ini dengan sia-sia?
Adakah setiap saat.. setiap detik masa yang berlalu kuisikan dengan kerja yang bermanfaat?
Adakah waktu itu kubiarkan berlalu dengan angan-angan yang kosong?
Adakah aku sekadar duduk termenung tanpa berbuat apa-apa?

Adakah aku sudah melunaskan akan kewajiban ku sebagai seorang muslim dan muslimah?
Adakah tertinggal akan lima perkara wajib yang harus aku tunaikan?
Adakah aku sering menangguhkan setiap kerja yang harus kulakukan?
Adakah aku sering berkata "Nanti dulu... Banyak masa lagi"
Dan sehingga masa itu berlalu... lantas satu perkataan muncul..
"Ya Allah.... aku terlupa" dahi ditepuk
Demi masa.. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian...

Aku diberi kudrat untuk melaksanakan kerja
Adakah ... hari ini aku menggunakannya dengan sepenuhnya?
Atau hanya membiarkan ia rehat?
Aku diberi akal untuk berfikir
Adakah hari ini aku menggunakannya dengan sebaiknya?
Atau aku hanya menggunakannya untuk berfikir akan perkara yang sia?
Aku diberi mata untuk melihat
Adakah hari ini mata itu kugunakan melihat perkara yang tidak berfaedah?
Atau sekadar memandang pada luaran bukan pada mata hatiku?
Aku diberi telinga untuk mendengar..
Adakah hari ini aku membiarkan telinga ini mendengarkan berita yang sia-sia?
Adakah hari ini aku membiarkan telinga ini mendengar kata-kata nista
kata-kata cacian.. kata-kata kosong yang mencacatkan pendengaran?
Aku diberi mulut untuk berbicara..
Adakah hari ini mulut ini kugunakan untuk mengungkapkan kata-kata yang baik?
Adakah hari ini mulut ini kugunakan untuk mengucapkan kata-kata umpatan?
Adakah hari ini mulut ini tidak terucap kata-kata pujian akan kebesaran yang Maha Esa?
Aku diberi kaki untuk berjalan...
Adakah hari ini langkah kaki ini berjalan ketempat yang betul?
Atau kugunakan kaki ini melangkah ketempat-tempat yang tersia-sia?

Pernahkan kita muhasabah akan hari seharian kita?
Pernahkah kita berkata pada diri kita sendiri akan betapa lalainya kita akan hari itu?
Betapa banyaknya waktu kita bazirkan..
Betapa ruginya akan kita pada hari itu..
Betapa lemahnya diri kita pada hari ini

Moga hari esok akan lebih baik..
Moga.. tak terulang akan pembaziran yang kulakukan hari ini..
Insyaallah

p/s: hanyalah sekadar bingkisan dari kotak fikiran penulis... benar atau tidak.. sama atau tidak.. sesungguhnya kita manusia lemah... yang berhak mencari dan memperbaiki akan kelemahan itu...

Saturday, May 19, 2012

Dulu dan kini

Dulu sendiri rasa macam sunyi
Kini berdua.. terasa amat happy
Apakah itu rasa yang sama..
Kamu rasa sayapun rasa
Setelah itu dan setelah ini

Dulu rasa nak buat apa kita punya suka
Yang penting masih lagi ada hadnya
Tapi kini semuanya berjaga
Itu dan ini .. kena dengan tempatnya
Jangan sampai terlupa..
Siapa kita Siapa Dia

Dulu kesitu atau kesini
Tiada halangan tiada sekatan
Kaki melangkah tanpa rasa segan..
Yang penting hati menjadi puas
Kini semua dalam perhatian.
Dikiri..dikanan.. ditepi dibelakang. diatas dan dibawah
Selangkah bertapak.. harus beringat
Kelak disoal diakhir kelak

Dulu suka berkata itu..
tak sudah itu berkata ini
kata diucap sesuka hati
alahai... puas hati..
Kini. kata bagai tersusun
Sepatah berkata.. emmm yang baik xmengapa.
Beringatlah akan awak siapa
Beringat juga akan dia siapa
Beringat juga akan disana turutkan ditanya

Jangan merasa semua tak kene
rasa tersekat rasa terkurung
Segalanya mudah andai berlandaskan hukum
Jangan berfikir untuk hari ini...
Kerana hari ini pastikan berlalu
Fikirlah untuk dikemudian hari
Yang dikemudian banyak yang tersembunyi

Jalan itu ...jalan yang mudah
Siapa dah tempuh.... siapa dah lalui
Pasti tahu akan hikmahnya
Akan kebesaran nikmat kurnian dariNya
Jangan takut kejalan itu.
Merasa diri seakan tak mampu..
Lalui dahulu baru kan tahu.
Sungguh takkan sesal bertamu..
Melainkan bahagia datang menjemputmu

emmmmm BAHAGIA kan?



Tuesday, May 15, 2012

Terima Kasih Cikgu Ku

Esok Hari guru...
Teringat zaman sekolah dulu-dulu..
Dari kecik sampai masuk U
Semuanya atas jasa guru
Tak pernah lelah tak pernah jemu
Mendidik anak bangsa agar berilmu
Ilmu dicurah tak tentu waktu
Demi anak murid kesayanganmu
Walau sedegil mana pelajarmu
Tabah dan sabar menahan perasaanmu..
Sungguh berat tanggungjawabmu
Sungguh aku respect akan jasamu cikgu

Untuk cikgu-cikgu kesayanganku
Dari kecik sampai masuk U
Nak tulis rasa tak cukup buku
Inilah ucapan Ikhlas dariku
Selamat Hari Guru
Sungguh aku berterima kasih atas jasamu
Mendidikku tak pernah jemu
Mencurahkan segala ilmu berguna buatku
Sehingga ku beroleh pekerjaan yang menyenangkan hidupku
Buat guru-guru kesayanganmu
Murid dahulu tak sama dengan murid sekarang cikgu
Mereka lebih advance dari kami yang dulu-dulu
Malah lebih advance nak jadi cikgu
Harap cikgu terus menempuh halangan itu
Mendidik dan membimbing anak bangsamu
Agar menjadi pelajar berilmu
Menjadi pemimpin generasi baru
Insyaallah Cikgu

Akhir kata Buatmu guru
"Selamat Hari Guru"

Ikhlas Saye Bekas pelajar Tabika KEMAS Ulu Rokan, SK.Rokan, SMKDMT, Uitm Bandaraya Melaka

Friday, May 4, 2012

Hadapan tampak jauh

Jauh masih jauh
Jangan fikir masih jauh.,...
Atau mungkin sudah dekat..

Jauh... jauh...
banyak perlu tempuh...
jangan rasa senang sekarang..
jangan rasa menang sekarang
jangan rasa mudah sekarang..
jangan... jangan.. jangan..

sediakan perahu sebelum belayar..
sediakan payung sebelum hujan
sediakan duit sebelum berbeli
sediakan pena sebelum menulis..

Jangan fikir itu mudah
Jangan fikir itu senang..
Kuatkan semangat
Kuatkan diri..
Tebalkan iman didada..
Insyaallah...
Serah padanya...

Thursday, May 3, 2012

Pandangan Mengungkap Segala

Pandangan tanpa berkedip matanya
Mungkin dia sedang terpesona
Atau mungkin dia sedang terlena
Atau mungkin dia sedang lari dari fikirannya

Pandangan menjeling
Mungkin dia sedang cemburu
Atau mungkin sedang menarik perhatian
Atau mungkin sedang mencuri-curi lihat

Pandangan tepat dan tajam
Mungkin dia sedang focus
Atau mungkin sedang berkata-kata dihati..
Berkira-kira difikiran
Atau mungkin terselit rasa tidak berpuas hati dan inginkan kepastian

Pandangan redup
Mungkin sedang mengenangkan diri
Atau mungkin sedangmuhasabah diri
Atau mungkin sedang menghayati

Pandangan penuh makna
Mengharap akan ada yang memahami
Dari mata turun kehati
Dari hati terus terdetik..
Atau mungkin kelu lidah berbicara
Atau mungkin hajat tak terlaksana
Atau mungkin...

emmm tanyalah hati anda...
anda yang pandang.. bukan saya..
he..he,.,,

Wednesday, May 2, 2012

Oh... Mengapa

Oh... mengapa hati selalu gusar
Oh... mengapa hati selalu tak keruan
Oh... mengapa hati terasa tidak tenteram
Oh... mengapa jiwa selalu kosong
Oh... mengapa jiwa selalu merintih
Kosong... Kosong...
Tercari-cari
Didepan bagai tak nampak
Ketahuan... seakan terlengahkan

Oh... masih jauh...
Oh... masih belum tiba...
Oh... masih ada masa...
Oh... sabarlah dulu...
Oh... nantilah dulu...

Oh... jauh... tanpa sedar telah dekat
Oh... belum tiba... sebenarnya telah sampai
Oh... masa... sebenarnya telah hampir
Oh... jangan berlengah...
Kerna... esok lusa tak siapa tahu

Kadang-kadang terfikir..
Ada yang kurang pada diri
Ada yang tak sempurna dalam sanubari
Ada yang wajib sering terabaikan
Ada yang sering terlengahkan

Hati yang sakit... perlukan ubat..
Perlukan penawar...
Bisa menjadi racun... Racun menjadi pembunuh
Ubat telah tersedia...
Hanya diri penentu segala
5 perkara janganlah lupa...
Penawar hati nan lara..
Peneman jiwa yang kosong

"Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua solat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang soleh
Yang keempat perbanyakkanlah berpuasa
Yang kelima zikir malam berpanjangan
Salah satunya siapa bisa menjalani Moga-moga Allah Taala mencukupi "

Oh... Hati... Moga tenang selalu..
Oh... Jiwa... Moga terisi penuh
Oh... Hidup... Moga bahgia selalu..
Insyaallah

Lama meninggalkan dunia blogger

Assalamualaikum.. Alhamdulillah masih wujud blog ini yang lama sangat ditinggalkan... Dunia blogger yang satu masa dahulu memang menjadi min...